RAHSIA
ILMU LADUNI SUGHRO ANUGERAH AGUNG(PROGRAM KEILMUAN ANUGERAH AGUNG TERBARU TAHUN
2014)
Ilmu Laduni merupakan ilmu yang dikurniakan Allah SWT kepada
seseorang secara tiba-tiba,tanpa diketahui bagaimana proses awalnya sehingga
orang yang menerima dapat langsung menguasai ilmu tersebut(tanpa belajar).
Ilmu Laduni Sughro Anugerah Agung adalah merupakan amalan
spiritual ajaran para Waliyullah yang di-amalkan khusus bagi barang siapa yang
ingin mendapatkan Ilmu Laduni dari sisi Allah SWT.
Insya Allah dengan berkat pengamalan,pengamalnya akan
dibukakan Allah mata hatinya sehingga mampu memiliki ilmu yang tinggi iaitu
ilmu Laduni,diberi Allah Ta’ala segala sesuatu yang sulit diketahui(yang
ghaib),semua orang menyayangi dan memperolehi berbagai macam kebaikan.
Ilmu Laduni Sughro Anugerah Agung ini hanya dapat Anda perolehi di Anugerah Agung
Spiritual Development Centre dan satu-satunya di Malaysia serta tidak semua Perguruan
memilikinya dan sangat-sangat jarang diperturunkan atau diijazahkan kerana ilmu
ini bersifat sangat langka serta sukar untuk diperolehi pada masa ini dan bukan
semua Guru/Maha Guru yang menguasainya serta memilikinya…
Kata
laduni berasal dari bahasa Arab, akar kata dari ladun atau laday, yang bererti dekat atau pangkuan, banyak Alim Ulama
dan para Sufi memberikan pengertian tentang Ilmu Laduni, pengertian berbeza namun,memiliki hakikat makna yang
sama. Syeikh Abdul Qadir Jailani memberikan pengertian ilmu laduni
sebagai ilmu rohani dan pengetahuan hikmah dan kebijaksanaan yang di peroleh melalui perbuatan secara berterusan dalam waktu lama dalam hal kebaikan dan kesholehan seorang hamba.
LADUNI SUGHRO ANUGERAH AGUNG adalah ilmu rahsia Laduni sesuai
untuk Anda yang ingin mendapat pengetahuan spiritual langsung dari Allah. Insya
Allah dengan Ilmu Laduni Sughro Anugerah Agung, Anda dapat membuka mata hati
nurani/ Bathin, boleh menguasai berbagai macam ilmu dunia dan ilmu akhirat
dengan lebih mudah, bahkan tanpa belajar.
Amalan Ilmu Laduni Sughro Anugerah Agung ini mengandungi laku dan
tirakat agar bagi para pelajar di dalam mana-mana institusi pengajian dimana
saja mereka berada mampu meraih ilmu yang tinggi,ilmu yang dicita-citakan sejak
berangkat meninggalkan kampung halamannya,bandarnya,sehingga tidak akan
mengecewakan orang tua/ibu bapa di rumah yang bersusah payah mencari nafkah
rezeki untuk kegunaan anak-anak mereka yang sedang menimba ilmu.
Dalam ilmu Laduni Sughro ini menjelaskan cara / kaedah bagaimana
agar mata hati kita oleh Allah Ta’ala sehingga apa saja yang diajarkan oleh
Pensyarah/Guru/Syeikh/Ustaz/Cikgu dll dapat menancap ke dalam lubuk hati yang
paling dalam sehingga tidak akan mudah lupa apa saja yang pernah diajarkan
kepada pengamal ilmu laduni sughro Anugerah Agung ini.Semoga bermanfa’at dan
mendapat ridho dari Allah SWT.Allaahumma Aamiin.
Ilmu Laduni Sughro Anugerah Agung juga membuat Anda jauh lebih
bijaksana dan membuka pintu hikmah dalam kehidupan Anda. Insya Allah, dengan
Ilmu Laduni Sughro Anugerah Agung Anda dapat menjadi manusia yang cerdas dan
pintar tanpa belajar melampaui had kemampuan diri masing-masing. Anda menjadi
manusia unggul yang berkemampuan menyelesaikan berbagai persoalan peribadi dan
persoalan orang lain dengan Ilmu Laduni Sughro Anugerah Agung yang Anda miliki.
Apa itu Ilmu
Laduni Sughro Anugerah Agung?
Sebahagian orang mungkin belum pernah mendengar istilah Ilmu
Laduni. Sementara sebahagian lagi yang sudah pernah mendengarnya mungkin
berfikir bahawa Ilmu Ilmu Laduni Sughro Anugerah Agung tidak benar-benar ada /
wujud. Secara kasar, Ilmu Laduni Sughro Anugerah Agung adalah ilmu yang
mempunyai manfaat menjadikan seseorang mendapatkan ilmu atau pengetahuan tanpa
proses belajar. Pengertian tersebut seakan mustahil dan sulit dipercayai.
Inilah Anugerah Allah SWT dalam berbagai bukti atas kekuasaanNya dengan
menciptakan berbagai ilmu. Pastinya tidak ada yang tidak mungkin jika Tuhan
meridhai. Banyak santri menyebutkan bahawa Ilmu laduni adalah ilmu yang langsung
berasal dari Allah SWT, baik berupa ilham mahupun wahyu. Pengertian tersebut
diambil dari kalimat “min ladunna ilman” dalam Al Qur’an surah QS. Al-Kahfi
ayat 65 yang ertinya: “Lalu mereka bertemu dengan
seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya
rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi
Kami.”
Ilmu Laduni Sughro Anugerah Agung bukanlah jalan pintas bagi mereka yang
ingin mendapatkan suatu pengetahuan secara instan. Justeru sebaliknya, Ilmu Laduni
Sughro Anugerah Agung diperuntukkan bagi mereka yang gemar mempelajari hal baru
dan memaksimumkan apa yang telah dipelajarinya. Sebab pemilik Ilmu Laduni
Sughro Anugerah Agung memiliki kreativiti dan kemampuan yang tinggi dalam
mempelajari suatu hal secara cepat dan menghubungkan fikirannya dengan
pengetahuan yang maha luas meskipun melalui proses pembelajaran yang sangat
minimum sekalipun. Ertinya bagi siapapun Anda yang ingin memiliki Ilmu Laduni
Sughro Anugerah Agung maka bersedia melakukan sebuah riyadhah dan usaha secara
spiritual dengan mengamalkan ajaran ilmu yang disampaikan guru pada Anda,
Selain hal demikian Anda harus menata hati dan jiwa untuk dapat mencapai ikhlas
dan tawakal, pasrah apapun hasil yang di capai atau di peroleh setelah belajar
menguasai Ilmu Laduni Sughro Anugerah Agung ini.
Ilmu Laduni Sughro Anugerah Agung yang juga disebut dengan Ilmu
Mukasyafah adalah pengetahuan yang diperoleh seseorang dari Allah SWT. Dengan
demikian Ilmu Laduni Sughro Anugerah Agung bukanlah hasil mempelajari suatu ilmu
pengetahuan secara wajar, namun merupakan ilham yang diletakkan ke dalam jiwa
orang mukmin yang bersih hatinya serta pilihan Allah SWT. Kerana kemampuan
untuk menangkap dan memahami suatu perkara hanya dapat dimiliki dengan hati
yang bersih dan ikhlas serta ilmu yang ‘arif, sebab hati yang bersih serta
ikhlas dapat berkomunikasi dengan sumber ilmu, iaitu Allah Yang Maha Pemilik
Ilmu.
Secara umum Ilmu Laduni Sughro Anugerah Agung dibahagikan menjadi
dua, yakni Ilmu Wahbiy dan Ilmu Kasbiy. Erti Ilmu Wahbiy adalah ilmu yang
diperoleh tanpa proses belajar. Tergolong dalam ilmu ini adalah Ilmu Syariat
dan Ilmu Makrifat (hakikat). Ilmu Syariat adalah ilmu tentang perintah dan
larangan Allah yang harus disampaikan kepada para Nabi dan Rasul melalui jalan
wahyu, baik secara langsung dari Allah mahupun melalui Malaikat Jibril sebagai
perantara. Sedangkan Ilmu Makrifat adalah ilmu tentang segala sesuatu yang
ghaib melalui terbukanya tabir ghaib atau melalui mimpi yang diberikan Allah
kepada hamba-hamba-Nya yang mukmin. Ilmu Makrifat dapat pula diertikan sebagai
pengetahuan tentang rahsia hakikat agama, suatu pengetahuan yang lebih tinggi
dari ilmu yang boleh diperolehi oleh orang awam pada umumnya.
Sementara Ilmu Kasbiy adalah ilmu yang diperoleh melalui proses
belajar, seperti dari hasil membaca, menulis, mendengar, meneliti, berfikir,
sekolah dan lain sebagainya. Dari sini dapat kita menarik kesimpulan bahawa
Ilmu Laduni Sughro Anugerah Agung bukanlah semata-mata mendapatkan suatu
keahlian/kemahiran/kepakaran tanpa pernah mempelajari keahlian tersebut sama
sekali, melainkan kemudahan dan kelancaran dalam mempelajari sesuatu yang ingin
kita fahami dan kuasai. Walaupun terkadang juga boleh mendapatkan ilmu yang
tanpa proses belajar ilmu apapun.
Dengan memiliki Ilmu Laduni Sughro Anugerah Agung, orang akan
secara automatik memiliki kemampuan dalam memudahkan proses belajar dan
menerima pengetahuan dengan mata batinnya. Sehingga pemilik Ilmu Laduni Sughro
Anugerah Agung mempunyai pemahaman tinggi untuk menangkap kejadian yang sedang
atau akan terjadi serta memudahkan mendapatkan sebuah ilham atau petunjuk
langsung dari Allah SWT. Maka tidak salah jika banyak orang menganggap manfaat
lain Ilmu Laduni Sughro Anugerah Agung adalah agar manusia dapat menjaga dan
mempersiapkan diri dari segala kemungkinan yang mungkin terjadi, baik terhadap
diri sendiri mahupun terhadap lingkungan di sekitarnya. serta sebagai ilmu
pembuka berkah dan pembuka mata bathin secara khusus dan istimewa.
Sementara jika kita lihat dari sisi kejiwaan, akan muncul perasaan
damai, senang, cinta dan bahagia dalam hati seorang pengamal Ilmu Laduni Sughro
Anugerah Agung. Boleh berfikir dan bersikap bijaksana dan berhikmah seperti
guru ilmu hikmah. Selain itu dengan meningkatnya kesedaran dan terbukanya
mata batin Anda, terwujudnya rasa damai,kentenangan jiwa dan minda. Ilmu Laduni
Sughro Anugerah Agung juga bermanfaat untuk mengembangkan keistimewaan jiwa /
hati Anda yang menjadi pusat Anugerah Allah yang sangat luas. Bahkan jika
diamalkan dengan kesedaran yang benar, bukan tidak mungkin seorang
pengamal Ilmu Laduni Sughro Anugerah Agung akan memiliki kemampuan telepati
untuk melihat dari jarak jauh tanpa perantara apapun serta kemampuan mata batin
yang tinggi untuk membantu manusia lainnya.
Dengan semakin tajamnya kemampuan kejiwaan dan mata batin seseorang,
aktivasi Ilmu Laduni Sughro Anugerah Agung juga akan meningkatkan kualiti iman
orang tersebut. Insya Allah, ia akan terhindar dari dosa dosa besar, terbebas
dari hawa nafsu yang menjerumuskan diri dan semakin baik pula akhlaqnya dalam
kehidupan sehari-hari. Hal ini semata-mata dikeranakan orang tersebut telah
memiliki pemahaman yang benar akan ketentuan-ketentuan dan peraturan agama yang
dianutnya serta kesedaran jiwa yang lapang dari berkahnya Ilmu Laduni Sughro
Anugerah Agung ini.
Sekilas Kisah Pemilik Ilmu Laduni
Kami sampaikan beberapa kisah tentang orang-orang istimewa yang memiliki Ilmu Laduni. Sejak zaman Rasulullah sampai sekarang, Ada banyak orang yang tercatat memiliki Rahsia Laduni semasa hidupnya. Jika Anda tertarik untuk mengamalkan Amalan Laduni, maka alangkah baiknya Anda membaca beberapa kisah-kisah mereka yang telah memiliki Ilmu Ilmu Laduni sebelum anda, diantaranya yang adalah :
· Abu Bakar Ash-Shiddiq. Tahukah Anda bahawa Abu Bakar Ash-Shiddiq menangis dan berduka ketika mendengar bahawa Islam telah disempurnakan? Kedukaan ini dirasakan Abu Bakar sebab dialah yang pertama kali menyedari bahwa sempurnanya Islam bererti telah dekatnya masa perpisahan umat muslim dengan Rasullullah. Abu Bakar dianggap dapat melihat masa depan kerana sejak jauh-jauh hari telah memahami perihal kembalinya Nabi Muhammad SAW di hadapan Allah. Abu Bakar juga secara tepat menyebutkan jenis kelamin anak perempuannya yang masih berada dalam kandungan. Bukan hanya itu, Abu Bakar Ash-Shiddiq juga dikenal sebagai ahli tafsir mimpi. Salah satunya adalah mimpi Aisyah tentang tiga bulan sabit, mewakili tiga orang terbaik di muka bumi yang akan dikebumikan di kediamannya.
· Umar bin Khattab. Pernah suatu ketika, Umar bin Khattab melihat pertempuran yang terjadi di daerah Nahawand, Teluk Persia. Padahal ketika itu Umar tengah berada di Madinah yang jauhnya ribuan kilometer dari medan perang tersebut. Umar juga pernah memperingatkan seseorang yang baru saja dikenalnya tentang musibah kebakaran yang menimpa keluarga orang itu. Peringatan tersebut ternyata benar adanya.
· Abdullah bin Abbas. Sepupu Nabi Muhammad SAW ini dikenal memiliki Ilmu Laduni atas kemampuannya melihat Malaikat Jibril dalam dua kesempatan, sementara orang lain yang saat itu juga sedang bersama Rasulullah tidak berkemampuan melihatnya.
· Abdullah bin Mas’ud. Sirr Laduni yang dimiliki Abdullah bin Mas’ud muncul dalam wujud keteguhan, keberanian dan kemahuan sekeras baja. Hal ini terbukti diantaranya ketika ia dengan lantang membaca Al Qur’an di tengah lingkungan orang-orang kafir Quraisy dan di tangannya pulalah Abu Jahal tewas dalam Perang Badar.
· Syekh Abdul Qadir Jailani. Syekh Abdul Qadir Jailani pernah bertemu sejumlah Ulama Iraq yang semuanya melontarkan berbagai pertanyaan dan persoalan secara bersamaan. Kemudian terpancarlah cahaya dari dadanya dan seketika itu dijawabnya seluruh pertanyaan tadi. Ulama-ulama Iraq tersebut merasa hairan atas kehebatan ilmu yang beliau miliki. Dari sinilah Syekh Abdul Qadir Jailani dipercaya memiliki Sirr Laduni.
Mengingat berbagai manfaat dan keistimewaan Ilmu Laduni Sughro Anugerah Agung bukanlah sesuatu yang boleh begitu saja kita dapatkan tanpa usaha ikhtiar, maka sudah sewajarnya jika Anda ingin memiliki Ilmu Laduni Sughro Anugerah Agung, alangkah bijaksana jika Anda mengamalkan riyadhoh amalan keilmuan Ilmu Laduni Sughro Anugerah Agung dengan belajar dan dengan bimbingan oleh seorang Guru / Mursyid untuk membimbingnya. Saranan kami, apapun yang Anda dapatkan hasil manfaat setelah mengamalkan Ilmu Laduni Sughro Anugerah Agung adalah murni pemberian atau anugerah dari Allah SWT, Anda tidak boleh menyombongkan diri dan takabur serta kufur nikmat. Namun justeru harus rendah hati, penyayang, bijaksana, peduli dan mahu membantu sesama manusia dengan segala manfaatnya. Dan belajar untuk memiliki hati yang suci dan bersih serta fikiran yang rapi/sistematik dengan benar.
Mari mengurus hati kita untuk mempelajari ilmu-ilmu Allah yang agung dan dengan niat ibadah yang baik serta hati yang bersih suci, jaga hati dan iman serta keikhlasan dalam riyadhahtidak menjadi kemustahilan Ilmu Laduni Sughro Anugerah Agung yang Agung ini akan meresap dalam diri Anda. Maka amalkan dengan sebaik mungkin, gunakanlah untuk tujuan kebaikan dan tetaplah mengamalkannya di jalan yang diridhoi Allah SWT. Apapun hasilnya, serahkan dan pasrahkan semua pada Allah SWT. sebagai pemilik ilmu dan pengatur jiwa raga manusia serta makhluk seisinya. Yakinlah bahwa Allah memberikan hal terbaik serta merahmati kita semua. Aamiin Yaa Rabbal’Aalamiin
Dan masih banyak hikmah atau faedah lainnya apabila Anda mengamalkan Ilmu Laduni Sughro Anugerah Agung ini. Semua adalah kita pasrahkan kepada Allah, kita bertawakal kepadanya dengan keimanan yang tinggi serta usaha semampunya dengan bekal niat ikhtiar kerana beribadah kepada Allah SWT.
In Sya Allah jika Anda bersungguh-sungguh serta ikhlas dalam menjalankan ibadah dan riyadhoh,serta mempunyai keimanan yang kuat kepada Allah, akan dikabulkan semua doa-doa Anda baik untuk keperluan di dunia dan akhirat. In sha Allah dengan Bekal Ilmu Laduni Sughro Anugerah Agung tersebut Anda akan diberi Kebahagiaan Dunia & Akhirat dan Anda juga dapat Membantu Permasalahan diri Anda sendiri dan Orang lain .
Salam Hormat:
Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D
Ki Ageng Sapu Jagad
Handphone:0128802035(super hotline)
Email:masterrizal9000@yahoo.com
Website:www.DrRizal4u.com
www.TerapiOtak4u.com
PERHATIAN:ILMU DI ATAS MERUPAKAN ILMU KEROHANIAN ISLAM YANG SAYA DR.MOHAMAD RIZAL BIN ROSDI PH.D MEMPEROLEHINYA DENGAN BERGURU SECARA BENAR DENGAN PARA KIYAI SEPUH DI INDONESIA,ILMU INI TIDAK AKAN ANDA JUMPAI SAMA SEPERTINYA DI INTERNET,DI BUKU PASARAN DSBNYA,SILA BERHATI HATI DALAM MENUNTUT ILMU
